3hb mei diistiharkan sebagai hari kebebasan akhbar sedunia
MEDIA BEBAS TUNTUTAN MASSA Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Satu badan kajian antarabangsa; Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori “negara yang tidak bebas” bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya. Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional. Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut. Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban. Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang. Selamat Maju Jaya. (tamat) DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Ahli Parlimen Permatang Pauh Ketua Pembangkang Presiden Parti Keadilan Rakyat
Hari ini Wakil kedai kopi nak pasal adat resam ….ialah lah satu amalan atau cara hidup yg telah kita amal kan oleh org org tua kita atok nenek kita….munkin telah diamal kan beribu tahun dulu..dan menjadi sebahagian dari aturan dlm amalan budaya kita budaya melayu.amalan dan tatacara adat resam …org melayu di lenkapkan lagi dgan amalan keagamaan…juga telah membentuk org org melayu itu sendiri..membentuk hati dan budi pekerti serta penampilan individu itu sendiri.
susana kedai kopi panas lagi sesak …ahli ahli majlis kedai kopi pun semacam dah muak dgn isu-isu semasa ada rasa pelik…dan macam-macam perasaan lagi,yg penting isu pelantikan mb terengganu telah selesai terjawab sudah..sebenarnya tiada seorg pun ahli majlis kkopi dapt meneka aper yg ada di benak seorg raja…..bila mb hanya di lantik oleh ahli majlis penasihat pemanku raja…cam tak de raja dan tiada pemanku raja pulak.kkopi sebenarnye ada sumber juga tetapi ini lebih kepada andaian otai kkopi sahaja..ia berkait rapat dgn isu pembangunan pulau wan man dan juga sikap mb lepas yg lebih mengutamakan kuala lumpur(pusat pentabiran) dari raja sendiri,kalau di lihat di kuala terengganu di sekitarnya penuh dgn kampung nelayan…yg tanah mereka di pinggir laut ,tidak tahu status pun tiada geran tanah pun.. tiga empat keturunan tinggal di situ…bila pulau wan man hendak dibagunkan kita sendiri taulah aper akan jadi……kena blah lah jawabnye.raja terengganu kabarnya pernah bekerja di pejabat tanah dan daerah terengganu…beliau lebih memahami masalah yg di hadapi oleh rakyatnye pulau wan man akhirnye menjadi pulau yg indah dan pusat tarikan pelancong ke kuala terengganu..wakil kedai kopi yakin raja buat aper aper pun atas dasar menjaga kepentigan rakyatnye.

However, Ahmad (left) has not been sworn in yet with the palace expected to fix Wednesday for that ceremony.
Kenapa kedai kopi ?kita lihat fungsi kedai kopi telah menjadi menjadi luas dlm melenkapkan kitaran hidup,telah dibudayakan tampa sedar.Kedai kopi bukan saja menjadi tempat org muda melepak atau pun org tua-tua menhabiskan masa,kedai kopi zaman sekarang telah ada jankauan internet jalur lebar perhidmatan secara percuma.. cuma perlu bawa leptop sahaja.. fungsi kedai kopi juga telah di kembang kan sebagai tempat masyarakt setempat untuk megeratkan lagi hubungan sesama masyarakt..di sini lah bermulanya peranan-peranan kedai kopi,dimana kkopi telah menjadi tempat raguler utuk meeting secara tdk tak rasmi utk megadu rasa ketidak puasan hati atau pun aper saje topik -topik yg di rasakan perlu.Di bandar kedai kopi lebih advance kerana lebih terbuka dgn penlibatan bangsa -bangsa lain seperti cina dan india dapat megambil kerusi-kerusi kedai kopi utuk sama-sama memberi pendapat bila timbul pekara-pekara yg panas atau yg menjadi tajuk perbualan semasa di mana yg kelakar akar menjadi bahan gelak ketawa…hampir separuh ahli-ahli kedai kopi ada lah bapak- bapak org lagi separuh ialah bakal bapak-bapak org juga..dari dulu lagi telah pegaruh kedai kopi telah di nafikan tetapi penafian ini ni hanya lah penafian semata mata …teryata kedai kopi tetap dgan fungsinye..iaitu pusat peyatuan masyarakat setempat tempat peyaluran idea tempat peyebaran maklumat -maklumat terkini teryata kkopi dpt menjadi saluran yg sesuai kerana tiada halagan atau bantahan yg perlu di risaukan untuk meyatakan rasa ketidak puasan hati…….teryata baru-baru ini kkopi menjana satu lagi fugsi nye iaitu tempat masyarakat membahaskan isu-isu politik dan dan meluahkan rasa suka dan tidak suka kepada kepimpinan kerajaan….semuanya diperjelaskan dgn penuh emosi oleh ahli-ahli kerusi kkopi sedikit sebanyak telah berjaya mempegaruhi undi pilihanraya setempat…semua ini adalah sagat jelas. 